Tukar Laluan


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai. I know its been a while that i havent update this blog kan? *letak tangan di bahu* hehe

I've been busy i guess. Dulu bulan mac pigi belajar memandu. It took satu bulan lebih jugalah untuk graduate. Memang payah lah struggle dia. Setiap pagi kena tunggu bas. Sampai kedai kena tunggu lagi cigu ambil. Then bila balik kena cari lagi bas . Eseh merungut pula haha padahal lebih banyak lagi org lain yang lebih susah lebih jauh dari tempat litar banding dengan saya. But alhamdulillah berbaloi juga titik peluh dan kesabaran selama ini haha.

Dan ya result UPU yang lepas amat lucu jugalah XD. Dulu harap lah nak masuk UIA kan nak sambung opto. Tapi rezeki bukan kat UIA. Tapi dapat kat UPM, ASPer ~  Tidak juga sedih sangat malah bersyukur jugalah dapat upu. Cuma itu lah degree untuk optometrist tak ada di UPM. Sekarang memang buntu sikit nak sambung apa selepas asasi. Kalau jadi vet maybe ok juga kan? Tengo lah dulu minat tu akan jumpa juga kot lambat laun. I hope sooner :"""

Dan yang tak acinya pasal upu ni, banyak gengkawan lain dapat unimas pulaa huhu. Banyak jugalah yang dapat uitm, metriks dan ada juga di uia. Im happy for them but in the same time i feel like they're mean haha. Dorang bolehlah kan bantu each other bila baru sampai sana. At least ada sudah orang yang kenal. Manakala di upm, saya hanya ada seorang ja kawan dari sekolah lama itupun lelaki! *paksa senyum sambil mengesat air mata*

But naah im not that depressed to go there. Actually baru baru ni ada juga contact dengan kawan kawan yang dari sabah yang akan ke upm juga. Alhamdulillah rasa secure sikit tu ada sebab at least for the beginning, boleh juga ada kawan kan. Tapi bila dah lama di sana, InsyaAllah semua pun okay i guess. I just cant imagine myself talking semenanjung haha. But dont worry, nanti saya selitkan juga sedikit sabahan languange di sana. yeah.

Minggu depan dah nak terbang ke upm. Tinggalkan sabah. Tinggalkan umi abah kakak abang adik :"( Memang perit dan akan homesick, tapi itulah kehidupan. Lambat laun kita semua akan membesar dan ada kerjaya masing masing. Lepastu bila dah berumah tangga lagilah. Tapi walau sesibuk manapun kita, keluarga tetap diutamakan kan? Jangan sampai terlalu sibuk kejar dunia sampai lupa daratan lupa apa yang sepatutnya kita kejar. Aiwah ok nak masuk pula bab lecture huehue

But its true, suatu hari nanti, kau akan lebih matang dan lebih menghargai satu sama lain.

Well i guess i'd came to the end of this post. Harap semuanya berjalan lancar sepanjang perjalanan.
And to all kawan kawan di luar sana, may Allah ease everything for you guys too. Semoga kamu berjaya di mana jua kamu berada. Amin.

"Biar apapun kita belajar nanti, yang penting niat itu kerana Dia. Niat nak jadi orang bermanfaat kepada orang lain."-A.N

All the best,
iyan

















Comments

Popular posts from this blog

Rindu.

Nanti.

FINALLY,......