cepatnya masa...






Assalamualaikum dan hai.

Akhirnya berjaya membuat 'muka baru' belog. walaupun bingung dengan segala code entah . Tapi syukur, alhamdulillah dah jumpa akhirnya :)

Dan sayapun tetiba rasa mau post tengah malam. Sekali lagi. Sebab duk terfikir. Hari ni sudah masuk bulan tiga tahun 2015. Macam baru semalam tengo bunga api sambut tahun baru. Yang kononnya cakap dalam hati, "Haaa, a new chapter. A new beginning and another 365 days. Theres a long way ahead..bla bla bla.." Tapi bila sudah masuk bulan tiga ni,

Hati i risau.

Tapi kita sudah maklum juga kan. Inilah salah satu tanda tanda masa sudah hampir tiba. Kita ni yang di akhir zaman ni. But still, masih berjuta manusia di luar sana masih menganggapnya mustahil. Mustahil terjadi kiamat di depan mereka. Nauzubillahi min zalik. Ya Allah, daku pun tidak dapat bayang jika takdirnya, i witness it myself.

Saya harap dan doakan, agar semua umat akhir zaman ni, sedar sedarlah dari penipuan dunia fana nih. Maksudnya sayapun lah termasuk. Sebab walaupun sudah berkali kali mendengar lagu nasyid Rabbani - Yang Pergi Takkan Kembali Lagi, yang ada liriknya, "Setiap insan, pasti merasa saat perpisahan terakhir. Dunia yang fana, akan ditinggalkan. Hanya amalan yang dibawa."

Namun tetap tak ambil endah. Tetap tak semat lirik itu di dada.

Kerana kita masih menganggap dunia ini tempat kita everlast. Walhal hanyalah persinggahan untuk tanam saham akhirat. Hanya sebagai ilusi di mata. Yang boleh membutakan hati nurani. Yang boleh melupakan diri. Sungguh, saya pun berasa hina. Sayapun insan yang pelupa itu. Yang masih goyah imannya dan tak tahu malu dihadapan Tuhan.

Semoga kita saling perbaiki diri. Selagi masih ada waktu walaupun sesingkat ini.

Hanya amalan yang dibawa,
iyan










Comments

Popular posts from this blog

Rindu.

Nanti.

FINALLY,......